Wednesday, April 18, 2007

Majlis Perasmian & Pelancaran PAKSI PB

Yang Berbahagia Dato' Syeikh Badaruddin Hj Ahmad akan melancarkan PAKSI Cawangan Parit Buntar pada 21 April 2007(Sabtu) pada jam 8.30 pagi dan disusuli dengan kuliah pengajian tafsir oleh Ustaz Rijaludin Yahaya. Majlis diadakan di Parit Buntar Inn, Parit Buntar.

Muslimin muslimat dipersilakan hadir. Masuk adalah percuma

Berkenaan PAKSI

PAKSI adalah singkatan kepada Pusat Khidmat Sosial Islam. Setakat ini ia mempunyai 8 cawangan iaitu di Kota Bharu, Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Ipoh(dua cawangan) dan Parit Buntar.

Diasaskan oleh armarhum Ustaz Shuhaimi Ahmad. Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad pula merupakan Ketua Panel Penasihat Darul Hadis-PAKSI.