Tuesday, July 17, 2007

Sunday, July 1, 2007

Objektif PAKSI


Objektif Paksi
- Mengembelingkan seluruh tenaga dan kemampuan yang ada pada masyarakat Islam tanpa mengira status kedudukan, pangkat dan fahaman politik bagi membentuk ukhuwah islamiah yang sejati

- Membela dan mempertahankan Islam seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang Tubuh Kerajaan-kerajaan Negeri di Malaysia, tanpa menafikan hak tiap-tiap kaum dan ras untuk mengamalkan Ugama dan kepercayaan mereka masing-masing seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia

- Mengabungkan para ulamak bagi menjana kekuatan ulamak dan memartabatkan mereka seperti yang dituntut oleh Islam

- Bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan selaras dengan objektif penubuhan PAKSI

Carta Organisasi



sebelum penubuhan cawangan Parit Buntar

Wednesday, April 18, 2007

Majlis Perasmian & Pelancaran PAKSI PB

Yang Berbahagia Dato' Syeikh Badaruddin Hj Ahmad akan melancarkan PAKSI Cawangan Parit Buntar pada 21 April 2007(Sabtu) pada jam 8.30 pagi dan disusuli dengan kuliah pengajian tafsir oleh Ustaz Rijaludin Yahaya. Majlis diadakan di Parit Buntar Inn, Parit Buntar.

Muslimin muslimat dipersilakan hadir. Masuk adalah percuma

Berkenaan PAKSI

PAKSI adalah singkatan kepada Pusat Khidmat Sosial Islam. Setakat ini ia mempunyai 8 cawangan iaitu di Kota Bharu, Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Ipoh(dua cawangan) dan Parit Buntar.

Diasaskan oleh armarhum Ustaz Shuhaimi Ahmad. Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad pula merupakan Ketua Panel Penasihat Darul Hadis-PAKSI.